Wednesday, November 30, 2011

TOPENG

Topeng adalah satu daripada kegiatan membentuk dan membuat binaan.Proses penghasilan membuat topeng hingga ke peringkat kemasan.

Topeng adalah sejenis hasil kraf yang dibuat untuk menggambarkan rupa manusia,haiwan atau watak-watak fantasi.Topeng dipakai untuk menutupi bahagian di sekeliling mata,muka atau keseluruhan kepala.Terdapat tiga jenis topeng iaitu topeng mata,topeng muka dan topeng serkup.  

1. TOPENG MUKA

Topeng Muka 1

Topeng Muka 2

Topeng Muka 3

Cara Penghasilan 
Koyak kertas surat khabar lama kemudian rendam dalam air sehingga lembut agar mudah untuk dikisar.Kemudian kertas papier mache(surat khabar lama) dikisar hingga lumat agar mudah dibentuk dan kukuh.Kemudian perah airnya,letakkan kertas yang telah diperah kedalam bekas kemudian digaul dengan gam cair sehingga sekata agar mudah dibentuk.Kertas dikeluarkan dari besen untuk membentuk topeng.Tiup belon ikut saiz dan ikat agar dalam keadaan menjadi bulat.Tampalkan kertas tadi diluar belon separuh sahaja.Simpan belon ditempat yang sesuai agar tidak kempis.Biarkan kertas tampalan kering untuk beberapa hari.Tanggalkan kemudian jemur dibawah cahaya matahari hingga kering dan keras.Warnakan topeng mengikut watak yang dikehendaki.

2. TOPENG MATA


Topeng mata merupakan topeng yang dipakai untuk menutup mata sahaja.Anggota lain seperti mulut hidup dapat dilihat semasa memakai topeng mata.






3. TOPENG SERKUP


Topeng turut dapat diklasifikasikan kepada kesenian daerah.Pada zaman dahulu topeng di kesenian daerah umumnya digunakan untuk menghormati persembahan atau memperjelaskan watak dalam mengiringi kesenian.Menurut aspek kesenian daerah ini,terdapat beberapa jenis topeng. Antaranya ialah Topeng Jawa,Topeng Bali,Topeng Dayak,Topeng Pajegan,Topeng Panca dan Topeng Prembon.
  

9 comments: